Pendidikan Pelbagai Budaya dapat dilihat dari tiga aspek : 1. Aspek Konsep Satu idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik ataupun kriteria yang lainnya. 2. Aspek Gerakan Usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan sebagainya memiliki peluang yang sama untuk belajar. 3. Aspek Proses Proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar. SUMBER RUJUKAN : Yasmin Ahmad, Najeemah Mohd Yusof. (April 2015). Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Kompetensi Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia, Bil 2, Isu 2. Dr. Nur Hanani Hussin, Prof. Dato' Dr. Ab. Halim Tamuri. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kepelbagaian Budaya, 8-9.