DEFINISI


DEFINISI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA 

  • Sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. Pendidikan pelbagai budaya  adalah satu pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian. (James A.Banks dan Cherry A. McGee Banks.) Beliau juga menyatakan bahawa ia bukan sahaja mengubah kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi. 
  • Pendidikan pelbagai budaya merupakan satu idea dalam mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua pelajar yang dari golongan yang berbeza sama ada dari segi kaum, sosio-ekonomi, dan budaya. Iaitu dengan cara mengubah persekitaran sekolah itu supaya dapat mengenalpasti kepelbagaian budaya dan golongan. Oleh hal yang demikian, peranan daripada pihak pentadbir dan guru amat penting untuk mencapai matlamat tersebut.
  • Penting untuk guru-guru mengubahsuai cara pengajaran mereka supaya bersesuaian dengan pelajar yang mempunyai latar belakang yang berlainan dalam mencapai kejayaan akademik. Selain daripada itu, memperkasakan budaya sekolah dan struktur sosial juga penting jikalau pihak pentadbir ingin membentuk semula persekitaran sekolah, termasuklah kurikulum, prosedur peperiksaan, strategi pengajaran dan sebagainya. 
  • Terdapat lima dimensi utama yang diaplikasikan dalam Pendidikan pelbagai budaya ini :
  1. Integrasi Isi Kandungan - Penggunaan contoh dan isi pelajaran  yang diambil daripada pelbagai budaya bagi diterapkan dalam pengajaran di bilik darjah terutama dalam menerangkan konsep, prinsip dan kesimpulan dalam sesuatu mata pelajaran.
  2. Proses Pembinaan Ilmu Pengetahuan - Proses meningkatkan kemahiran pelajar dalam memahami, meneliti dan menentukan pengaruh budaya dalam pembinaan sesuatu mata pelajaran.
  3. Pengurangan Prejudis - Setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru hendaklah berupaya untuk membentuk sikap yang positif dalam kalangan pelajar terutamanya yang berkaitan dengan perbezaan kaum dan amalan budaya.
  4. Pedagogi Saksama - Kaedah dan gaya pengajaran kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah hendaklah selaras dengan isu dan keperluan masyarakat yang multicultural.
  5. Pemerkasaan Budaya Sekolah - Fungsi organisasi sekolah diperlukan bagi memastikan sekolah boleh memberi kesan yang positif kepada masyarakat.
RUJUKAN 
Yasmin Ahmad, Najeemah Mohd Yusof. (April 2015). Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Kompetensi Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan  di Malaysia. Bil 2, Isu 2. 

Comments

Popular posts from this blog

ISU SEMASA

ASPEK DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA