DEFINISI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA Sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. Pendidikan pelbagai budaya adalah satu pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian. (James A.Banks dan Cherry A. McGee Banks.) Beliau juga menyatakan bahawa ia bukan sahaja mengubah kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi. Pendidikan pelbagai budaya merupakan satu idea dalam mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua pelajar yang dari golongan yang berbeza sama ada dari segi kaum, sosio-ekonomi, dan budaya. Iaitu dengan cara mengubah persekitaran sekolah itu supaya dapat mengenalpasti kepelbagaian budaya dan golongan. Oleh hal yang demikian, peranan daripada pihak pentadbir dan guru amat penting untuk mencapai matlamat tersebut. Penting untu...